
6 Ramadhan 1430H
Ramadhan datang lagi dan kali ini kesyahduannya amat terasa. Pemergian ayah yang di kasihi mengundang kesedihan. Namun tidak akan mensia-siakan Ramadhan kali ini dengan meratapinya. Sebaliknya, ingin mengambil keberkatan bulan yang mulia ini dengan memperdekatkan diri denganNYA. Semoga mendapat barakah. InsyaAllah.
"Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai yang tersayang, dan kegembiraan apabila bertemu Allah s.w.t. kelak. Sememangnya, dalam berbuka puasa itu, kegembiraan seseorang hamba bukanlah kerana dapat memenuhi syahwat makannya setelah lama menahannya, tetapi kegembiraan hakiki seseorang hamba sewaktu berbuka puasa ialah, apabila melihat hidangan di hadapannya, dengan penuh syukur, dengan merasakan, seluruh rezeki tersebut merupakan suatu tanda kecintaan Allah s.w.t. kepadaNya."
Wassalam,
Ummu Marsya
No comments:
Post a Comment