Saturday, September 5, 2009

Kisah Kaseh

16 Ramadhan 1430H

Kaseh adalah satu anugerah. Dari kaseh timbul simpati. Kerana kaseh ingin berbakti...

Deringan telefon lewat 12 tengah malam Isnin lalu amat mengejutkan. Berita yang disampaikan adik ku dengan pulangnya ke rahmatullah seorang sahabat lama yang juga merupakan teman sepermainan (semasa kecil) dan sehingga kini menjadi jiran ibu ku, membuatkan aku tersentak.

Almahrum yang ku kenali sejak kecil bijak orangnya, sangat berbudi, penyayang dan amat senang berkawan. Aku hanya mengetahui melalui bapanya pekerjaan yang disandang di organisasi misi kemanusiaan itu ketika beliau berkunjung menziarahi ibuku. Dengan bersemangat diceritakan kepada kami kerja-kerja amal dan negeri-negeri yang telah dihulurkan bantuan oleh Almahrum. Betapa aku kagum dan aku tahu pekerjaan itu amat sesuai dengan dirinya.

Jasa dan bakti ditinggalkannya akan dikenang selamanya. Al-fatehah buat Shalahudin bin Johari.

عَنْ جَرِيْرِ بِنْ عَبْدِاللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ، لاَ يَرْحَمُهُ اللهُ
(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya.
(Muttafaq ‘alaih)


Syarah Al-Hadis
Manthuq hadis (zahirnya) menunjukkan bahwa barangsiapa yang tidak mengasihi sesama manusia maka dia tidak akan dikasihi olih Allah. Sedangkan Mafhum hadis (pemahamannya) pula menunjukkan bahwa barangsiapa yang mengasihi atau menyayangi sesama manusia maka dia akan mendapat kasih sayang daripada Allah SWT. Ini sesuai dengan sabda baginda:

Maksudnya: Orang-orang yang penyayang akan disayangi olih Yang Maha Penyayang, Sayangilah orang yang dibumi niscaya kamu akan disayangi oleh Yang di langit.

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahwa kasih sayang yang terjalin antara sesama manusia adalah penyebab yang paling menentukan untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Dan selanjutnya kesan berkat rahmat Allah itu akan membawa kebaikan baginya di dunia dan di akhirat.


http://www.youtube.com/watch?v=6qWGFknQTSg





Saturday, August 29, 2009

Kaseh Ramadhan

6 Ramadhan 1430H

Ramadhan datang lagi dan kali ini kesyahduannya amat terasa. Pemergian ayah yang di kasihi mengundang kesedihan. Namun tidak akan mensia-siakan Ramadhan kali ini dengan meratapinya. Sebaliknya, ingin mengambil keberkatan bulan yang mulia ini dengan memperdekatkan diri denganNYA. Semoga mendapat barakah. InsyaAllah.


"Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai yang tersayang, dan kegembiraan apabila bertemu Allah s.w.t. kelak. Sememangnya, dalam berbuka puasa itu, kegembiraan seseorang hamba bukanlah kerana dapat memenuhi syahwat makannya setelah lama menahannya, tetapi kegembiraan hakiki seseorang hamba sewaktu berbuka puasa ialah, apabila melihat hidangan di hadapannya, dengan penuh syukur, dengan merasakan, seluruh rezeki tersebut merupakan suatu tanda kecintaan Allah s.w.t. kepadaNya."


Wassalam,
Ummu Marsya